suria

Kahwin Dalam Tandas

Satu pasangan melangsungkan perkahwinan di dalam tandas di mahkamah. Foto Facebook Monmouth County Sheriff Office

SEPASANG kekasih terpaksa berkahwin di tandas mahkamah selepas berlaku insiden yang tidak diingini.

Ketika kejadian, Brian dan Maria Schulz bakal melangsungkan upacara perkahwinan di Mahkamah Monmouth di New Jersey, Amerika Syarikat (AS).

Ia turut dihadiri keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Bagaimanapun, ibu Brian mengalami kesukaran untuk bernafas dan diserang asma semasa upacara baru hendak bermula.

Pegawai syerif kemudian bergegas membawa ibu pengantin lelaki ke tandas untuk diberikan bantuan pernafasan sementara menunggu pasukan paramedik.

Pasangan itu bimbang dengan kesihatan wanita berkenaan tetapi pada masa sama bakal berdepan dengan kemungkinan perkahwinan mereka terpaksa dibatalkan.

Jika tidak berkahwin pada hari tersebut, mereka perlu menunggu 45 hari lagi untuk mendapatkan lesen perkahwinan yang baharu.

Upacara itu juga tidak dapat diteruskan tanpa ibu pengantin lelaki kerana dia telah menandatangani lesen perkahwinan tersebut yang memerlukan kehadirannya.

Bimbang dengan keadaan ibu yang tidak menentu dan tidak dapat meninggalkan tandas ketika itu, pasangan tersebut mempunyai beberapa pilihan.

Mereka kemudian memutuskan untuk meneruskan upacara di tandas wanita.

Pasangan itu menerima keputusan untuk mengubah lokasi, dan upacara itu diteruskan pada 2 Januari lalu.

Menurut laporan Eyewitness News, pasangan itu mengikat tali perkahwinan menggunakan kertas tisu dan bersyukur kerana kakitangan mahkamah mempermudahkan urusan mereka untuk bergelar sebagai suami isteri. - Mirror

kahwin, tandas

Artikel Sebelum

Terbeliak Tengok Beyonce, Jay-Z

Artikel Berikut

Artikel Lain