suria

Bakal Pengantin Hantar Video Minum Racun Kepada Bekas Kekasih

Paparan skrin video yang dirakamkan seorang wanita, sebelum ditemui mati. -fotoCEN

SEORANG bakal pengantin merakamkan tindakannya minum racun sebelum menghantar klip video tersebut kepada bekas teman lelakinya.

Wanita berkenaan, Nisha Devidas, meninggal dunia selepas minum secawan cecair pekat berwarna hitam, seperti yang dilihat dalam video di rumahnya di Rohini, India.

Devidas akan berkahwin 10 hari lagi dengan seorang lelaki yang tidak dinamakan ketika dia meninggal dunia.

Abangnya, Ravi Kavle mendakwa dia menderita kerana diugut oleh bekas teman lelakinya, Nikhil Borkar dan memutuskan untuk mengambil nyawanya sendiri.

Kavle dalam keadaan sedih dipetik oleh media tempatan sebagai berkata: "Perkahwinan kakak saya akan diadakan pada 4 Februari tetapi mati hanya 10 hari sebelum majlis.

"Seorang remaja bernama Nikhil Borkar bertanggungjawab atas kematian kakak saya. Dia menghantar mesej dan mengugutnya."

Dia mendakwa kakaknya mengambil nyawa sendiri kerana sudah 'bosan dan putus harapan' dan menuntut agar Borkar segera ditangkap.

Polis berkata mereka sedang menyiasat kejadian itu dan masih tidak jelas sama ada mereka telah menyiasat Borkar.

Mayat Devidas ditemui oleh orang yang tidak dikenali dan dikejarkan ke Hospital Umum Daerah Bhandara tetapi diisytiharkan mati semasa ketibaan.

bunuh diri, minum racun

Artikel Lain