suria

Suami Cemburu Monyet Nakal Pegang Payudara Isteri

SEEKOR monyet nakal telah dirakamkan meletakkan tangannya di payudara seorang wanita, sebelum menarik dan memasukkan tangannya ke dalam baju wanita berkenaan.

Monyet itu, yang sedang berkeliaran di Sacred Monkey Forest, Bali, Indonesia berlari ke arah pelancong wanita tersebut yang sedang duduk di atas tanah.

Haiwan itu kemudian dilihat memanjat ke atas bahunya dan bermain-main dengan rambutnya dengan 'mesra'.

Tidak lama kemudian, monyet itu duduk di atas riba wanitanya dan mula menarik leher baju singlet putih yang dipakainya.

Tidak cukup dengan itu, haiwan itu juga telah menyeluk tangan ke dalam baju untuk memegang buah dadanya, tetapi wanita itu sedikit pun tidak marah atau menunjukkan rasa takut, malah dia ketawa.

Suaminya, yang sedang merakamkan gelagat monyet itu dengan isterinya hanya didengar berkata: "Hey! Hey! Itu isteri saya!" sambil meneruskan rakaman.

Dia bagaimanapun sempat menasihatkan isterinya supaya berhati-hati kerana lebih banyak monyet sedang datang kepadanya.

Selepas monyet itu menjauhkan diri daripada isterinya, lelaki itu berkata: "Hey kawan, tak mengapa."

Selepas kejadian itu, wanita itu menulis mengenai peristiwa tersebut di dalam talian.

"Kebanyakan orang ada pisang atau buah-buahan lain untuk menarik perhatian monyet datang kepada mereka, tetapi saya tak ada apa-apa untuk menarik mereka.

"Mereka hanya semulajadi tertarik kepada saya kerana.

"Monyet itu meraba payudara saya dan cuba menyusu selepas duduk di bahu saya dan bermain dengan rambut saya. Ia sangat lucu," tulisnya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain