suria

Guru Agama Pasang Kamera Dalam Bilik Air Gereja, Tapak Pesta

Jeffrey Eisenbath. - Jabatan Sheriff Lincoln County

SEORANG guru agama telah akhirnya tertangkap selepas merekod video di dalam bilik mandi sebuah gereja dan tapak pesta secara diam-diam selepas dia turut merakamkan dirinya yang sedang memasang kamera tersembunyi.

Kamera itu ditemui ketika ia jatuh daripada siling, kata pihak berkuasa.

Menurut laporan St. Louis Post-Dispatch, Jeffrey Eisenbath, 28, dari Lincoln County, Missouri di Amerika Syarikat berdepan tiga pertuduhan iaitu pencerobohan harta benda, pencerobohan privasi dan pemilikan pornografi kanak-kanak selepas kamera dipasang di bilik mandi di Zon Adrenalin di St. Charles tiba-tiba jatuh ke lantai.

Sementara itu, seorang pekerja di kompleks laser pula kemudiannya memeriksa kamera itu dan mendapati video yang disimpan di dalam peranti tersebut menunjukkan Eisenbath memasangnya di bilik mandi, kata Lt. Andy Binder, jurucakap Pejabat Sheriff Lincoln County.

Pegawai penyiatsa kemudiannya mendapati terdapat beribu-ribu video di kediaman suspek semasa pelaksanaan waran geledah dijalankan, ia termasuk rakaman rahsia yang diambil di bilik mandi dan dimuat turun daripada internet, kata Binder.

Eisenbath yang ditahan pada Isnin, mengakui perbuatannya merakam bilik mandi di tapak pesta dan di dalam bilik mandi berhampiran Gereja Katolik Sacred Heart di Troy, di mana suspek menjadi sukarelawan sebagai guru pendidikan agama, kata pihak berkuasa.

Seorang pegawai mengesahkan kepada The Post melalui satu kenyataan, Eisenbath juga telah dipecat dari tapak pesta yang menjadi tempat dia bekerja.

"Bagi pihak keluarga Adrenalin, kami sangat sedih dengan insiden yang berlaku baru-baru ini dan kesan negatif yang akan berlaku terhadap masyarakat.

"Jika benar, insiden ini tidak mencerminkan nilai dan piawaian yang kami harapkan dalam kalangan kakitangan kami. Kami memberi jaminan bahawa khidmat pekerja yang didakwa telah ditamatkan," kata kenyataan itu. - NY Post

Jeffrey Eisenbath

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain