suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penerbangan Terjejas Lapangan Terbang Khon Kaen Terbakar

Terminal 3 Lapangan Terbang Khon Kaen diisytiharkan sebagai luar-batasan selepas sebahagian daripada bangunan rosak akibat kebakaran. - Chakkrapan Natanri

BANGKOK: Lebih 1,000 penumpang terpaksa dipindahkan apabila sebahagian daripada bangunan Lapangan Terbang Khon Kaen di timur laut Thailand terbakar pagi Jumaat.

Semua penerbangan keluar masuk di lapangan terbang itu dilencongkan ke Lapangan Terbang Udon Thani yang berhampiran berikutan langkah pihak berkuasa menutup lapangan terbang berkenaan kepada semua penerbangan, kata Kapt Passakorn Khamphu daripada Balai Polis Ban Ped pada Jumaat.

Beliau berkata kebakaran berlaku pada kira-kira 7 pagi (waktu tempatan) di tingkat tiga bangunan itu dan merebak ke bahagian lain sebelum pasukan bomba berjaya mengawal dan memadamnya kira-kira sejam kemudian.

Tiada kecederaan dilaporkan berikutan kejadian itu, katanya.

Sebanyak 16 penerbangan keluar masuk di lapangan terbang berkenaan terjejas akibat kebakaran itu.

Sementara itu, media melaporkan gabenor wilayah, Somsak Jangtrakul sebagai berkata kebakaran itu bermula di bilik kawalan elektrik di tingkat tiga bangunan berkenaan. - Bernama

lapangan terbang terbakar

Artikel Berikut

Lepas Nafsu Belakang Bangunan

Artikel Lain