suria

Mangsa Tipu Dapat Kimono Percuma

Wanita yang mencapai usia matang 20 tahun diraikan pada upacara tahunan Isnin kedua Januari setiap tahun.

TOKYO: Syarikat yang menyediakan khidmat menyewa kimono, jurugambar dan individu tampil menerusi media sosial bagi menyokong semua pihak yang diraikan pada upacara Coming-of-Age Isnin lalu tetapi gagal menggayakan pakaian tradisional itu.

Kejadian itu berlaku selepas syarikat kimono, Harenohi gagal menghantar pakaian itu kepada ratusan pelanggan wanitanya.

Polis menerima lebih 700 aduan selepas Harenohi menghentikan operasi pada 8 Januari, manakala pengurusnya menghilangkan diri sebelum bermulanya upacara bagi meraikan golongan mencapai usia matang 20 tahun itu.

Kebanyakan mangsa membayar lebih 300,000 yen untuk menyewa pakaian itu, bagaimanapun mereka bingung apabila tidak dapat mengambil bahagian dalam upacara itu, termasuk harapan untuk merakam gambar bersama keluarga dan rakan tidak kesampaian.

Susulan kejadian itu, Kimino Hearts yang menyewa dan menjual furisode (kimono khusus untuk wanita bujang) dan hakama (untuk lelaki), telah menawarkan kimono percuma bagi membantu mangsa Harenohi dengan syarat mereka dapat membuktikan terbabit dalam kontrak bersama syarikat berkenaan, demikian lapor NHK.

Syarikat yang menyediakan khidmat pada sewaan kimono kadar 200,000 yen itu bagaimanapun menawarkan pakaian tradisional percuma kepada mangsa penimpuan Harenohi.

"Ia sesuatu yang menyedihkan, ia tidak sepatutnya berlaku. Oleh itu saya mahu tunjukkan sokongan kepada semua mangsa kejadian ini," kata Presiden Kinono Hearts, Hiroyuki Fujibayashi.

Sementara itu, Makoto Kamizaki yang juga seorang jurugambar berkata, dia hanya dapat memberi sokongan kepada mangsa penipuan itu dengan menawarkan khidmat merakam gambar percuma.

"Saya hanya tahu mengambil gambar, jadi saya mahu menawarkan gambar percuma untuk sesiapa yang berhasrap memakai furisode," katanya menerusi bognya.

Beberapa individu juga menawakan sokongan menerusi media sosial dengan hashtag #harenonh.


kimono, Harenohi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

'Sesuatu' Dalam Foto Dirakam

Artikel Lain