suria

Kecoh Krim Pelembab Disangka Ubat Batuk

SEORANG warga tua di Mahishadal, Barat Bengal yang mengalami masalah batuk kronik telah dibawa ke Hospital Basulia, kira-kira 150 kilometer dari Kolkata.

Ketika dibawa ahli keluarganya untuk mendapatkan rawatan di hospital berkenaan, keadaan lelaki itu dalam keadaan lemah, malahan ada kesan darah pada kahaknya.

Selepas menjalani beberapa ujian, doktor yang merawatnya telah membenarkan lelaki itu pulang dengan membekalkan ubat batuk.

Bagaimanapun Sudhir Samanta didakwa telah diberikan krim pelembab antiseptik dan keadaan bertambah buruk apabila warga tua itu meminum kandungan sebotol ubat yang dibekalkan kepadanya itu.

Krim pelembab itu bagi kegunaan luaran, tetapi kerana tidak tahu berbahasa Inggeris, mangsa dan juga ahli keluarganya menyebabkan ubat itu dihabiskan lelaki berkenaan.

Kesilapan lelaki itu mengambil dos berlebihan diletakkan kepada pegawai perubatan hospital berkenaan, Mohanchandra Ghorai sebagai individu yang menulis preskripsi ubat untuk warga tua itu.

Pemeriksaan mendapati, dispensari hospital berkenaan telah memberi sebotol krim Providone-iodin kepada pesakit.

Sebaik maklum mengenai kesilapannya mengambil ubat berkenaan, ahli keluarga Sudhir telah membawanya ke hospital sama di mana pegawai perubatan itu memberi jaminan akan membiayai rawatan pesakit berkenaan jika mengalami kesan atau alahan akibat tersilap meminum krim yang sepatutnya digunakan secara luaran itu.





Basulia, Sudhir

Artikel Berikut

Artikel Lain