suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rumah Hangus Nak Bunuh Labah-Labah!

LABAH-LABAH memang mampu menggerunkan siapa sahaja, lebih-lebih lagi jika ia bersaiz besar dan berbisa.

Seorang lelaki dari Redding, California di Amerika Syarikat menyalakan penunu bagas ketika cuba menghapuskan seekor labah-labah yang berada di kediamannya.

Malangnya, kebakaran berlaku apabila penunu bagas itu diacukan ke arah tilam dan ia merebak ke langsir serta almari pakaian sebelum menyebabkan rumah lelaki itu hangus.

Contoh labah-labah serigala. - Infinite Spider

"Labah-labah serigala itu sangat besar," kata Lyndsey Wisegarver yang bekerja bersama seorang lagi penduduk di bangunan itu.

Tiada siapa yang cedera dalam kebakaran itu, tetapi ia telah menyebabkan kerosakan sebanyak AS$11,000 (RM43,992). - Newsfixdaily

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain