suria

Rahsia Disebalik Surat Romantis Ahok Buat Veronica

SETAKAT ini belum terungkap mengenai alasan Ahok mengemukakan permohonan perceraian daripada isterinya, Veronica Tan.

Selain tidak pernah dilaporkan menghadapi masalah rumahtangga, hubungan pasangan suami isteri itu juga sebelum ini dilihat kukuh.

Malah sehingga Disember lalu tidak dikesan sebarang keretakan dalam hubungan antara bekas gabenor Jakarta dan isterinya itu.

Misalnya pada hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-20 Ahok, 51, menghantar sejambak bunga mawar merah buah Veronica, 40, dalam sebuah kotak berikat tali satin keemasan.

Pada tengah longgokan bunga itu diletakkan mawar bercat keemasan yang disusun dengan bentuk hati.

Mengiringi hadiah istimewa itu ialah tulisan: "Happy 20th Wedding Anniversary From: Basuki Tjahaja Purnama".

Basuki adalah nama rasmi Ahok. Tokoh kelahiran Belitung itu kini menjalani hukuman penjara dua tahun selepas didapati bersalah dalam kes menghina agama.

Hadiah itu disampaikan kepada Veronica pada 4 Disember 2017.

Lebih awal daripada itu, Ahok sempat menulis surat kepada isterinya. Bertarikh 6 September 2017 kata-kata Ahok buat Veronica nampak begitu romantik.



Berikut adalah surat Ahok: 

Untuk Vero isteriku.

Sekarang aku harus berterima kasih akan keadaan saat ini kepada semua pihak yang menyebabkan aku menjadi banduan dan ditahan langsung tanpa menunggu proses lebih lanjut.

Tak terbayang jika aku tidak ditahan, aku akan terus bekerja seperti dulu sampai Oktober (sehingga tempoh tugas sebagai gabenor berakhir). 

Itu artinya saya bangun jam 4.30 pagi - dan kamu memberiku gelaran robot - karena semua waktu dihitung tepat, agar aku bisa tiba di Balai Kota jam
7.30. 

Karena sudah banyak warga menunggu, dan kerja non-stop sampai pulang ke rumah sudah lebih jam 9 malam. Hari Sabtu hujung minggu selain ke majlis perkawinan, juga selesaikan disposisi surat dan kadang sampai tengah malam di malam Senin, agar harinya tidak ada surat yang tertinggal. 

Kamu memberi gelar padaku robot sungguh benar.

Sekarang di hari pernikahan kita yang ke 20 tahun. Saya bersyukur masih ada waktu mengenalmu dan memperhatikan kamu. Dulu aku benar-benar “take it for granted” sampai anak juga kamu yang ajak jalan dan bicara. 

Hadiah terbesar hari ulang tahun pernikahan ke-20 adalah aku di dalam tahanan, menyedari betapa beruntungnya pernikahan kita masih utuh dan engkau memaafkan semua kegilaan kerjaku melayani masyarakat.

Dan sekalipun mendapat balasan masuk dalam tahanan, tetapi aku mendapat isteri yang mengasihi aku dan anak- anak. 

Kalau ada yang salah dalam hubungan suami isteri, biasanya yang salah pasti sang suami.

Aku bersyukur kerana dalam tahanan ada banyak waktu untuk merenung betapa isteriku bukan lagi seperti dulu. Sekarang dia sudah jadi dewasa, mampu berdikari dan menjadi perempuan yang penolong saya. 

Sungguh benar dikatakan dalam kitab Amsal (Bible) Salamo, isteri yang berakal budi adalah anugerah tuhan dan kamu adalah anugerah tuhan untukku.

Dan benar juga yang dikatakan “love prospers when a fault is forgiven”. Sekarang saya merasa cintaku lebih besar daripada 20 tahun yang lalu. Tuhan, terima kasih atas semua yang telah terjadi.


Ahok menandatangani surat perceraian pada 4 Januari lalu dan mengejutkan ramai orang kerana ia berlaku secara tiba-tiba.
Ahok, Veronica

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain