suria

“Saya Bersalin Selepas 45 Minit Disahkan Hamil”

Lisa Leathard bersama suami dan dua anaknya. -fotoPlymouth Herald/SWNS.com

SEORANG ibu hanya sedar dirinya sedang hamil 45 minit sebelum melahirkan seorang bayi lelaki.

Lisa Leathard pergi ke hospital selepas mengalami sakit perut yang teruk, tetapi terkejut apabila diberitahu bahawa dia bakal melahirkan bayi.

Paramedik juga pada mulanya terkejut, tetapi selepas melakukan ujian ultrasound di Hospital Derriford, mereka tidak lagi ragu-ragu bahawa wanita berkenaan bakal melahirkan anak.

Leathard yang tinggal di Plympton, memberitahu Plymouth Herald: "Mereka kata 'ya, pasti ada bayi (dalam perut) dan sedang dalam proses untuk keluar sekarang'.

Toby dilahirkan 45 minit selepas ibunya disahkan hamil. -fotoPlymouth Herald/SWNS.com

"Ia seperti adegan dalam Casualty, semua orang berlari di hospital untuk membawa saya ke bilik bersalin.

"Bayi itu diambil selama kira-kira 30 saat dan dibawa kembali. Mereka beritahu dia sempurna, sangat sihat dan dengan berat 3.5kg."

Leathard kemudian terpaksa menelefon pejabatnya untuk memberitahu bahawa dia tidak dapat masuk bekerja kerana sudah melahirkan seorang bayi.

Ini adalah sesuatu yang mengejutkan wanita berusia 35 tahun ini yang telah bersetuju untuk tidak mempunyai anak dengan suaminya Nick, 45.

Dia mendakwa tidak melihat sebarang tanda atau gejala hamil selain pergelangan kakinya yang bengkak.

Tetapi selepas tiga tahun, dia menyatakan bahawa menjadi ibu kepada si kecil Toby adalah sesuatu yang hebat.

Dia kemudian telah melahirkan seorang lagi bayi lelaki, Noah. -TheSun

hamil

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain