suria

Budak Perempuan Lapan Tahun Dirogol Bergilir-Gilir

Gambar hiasan.

SEORANG kanak-kanak perempuan menjadi mangsa rogol sekumpulan budak lelaki termasuk salah seorangnya berusia enam tahun.

Kes yang berlaku di Kondhwa, Pune, India itu menjadi tumpuan selepas mangsa mengadu sakit perut dan dibawa bapanya untuk bertemu dengan doktor.

Selepas pemeriksaan dilakukan, doktor mengesahkan bahawa kanak-kanak perempuan itu telah dirogol.

Inspektor kanan polis, Milind Gaikwad memberitahu Times of India bahawa mangsa telah disoal siasat anggota polis wanita bagi membantu siasatan.

"Kanak-kanak itu mendedahkan dia dibawa ke sebuah apartmen oleh lima lelaki sebelum dirogol," katanya.

Kelima-lima suspek masing-masing berusia 18, 12, 10, 9, dan 6 tahun telah ditahan.

"Mangsa memberitahu suspek berusia 18 tahun datang ke rumahnya kali pertama lima bulan lalu dan berjanji untuk menghadiahkan gula-gula kepadanya.

"Mangsa kemudiannya dirogol kesemua suspek secara bergilir-gilir," katanya.

rogol

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ikan 'Gigi Manusia' Ditemui

Artikel Lain