suria

Nyaris Bunuh Diri Gara-Gara Mahu Wajah Seperti Beckham

Jack Johnson.

SEORANG lelaki sanggup menghabiskan 20,000 pound sterling untuk melakukan pembedahan demi kelihatan seperti idolanya, David Beckham.

Bagaimanapun Jack Johnson nyaris membunuh diri apabila pembedahan yang dilakukannya tidak menampakkan hasil yang dikehendakinya.

"Saya cuba membunuh diri kerana usaha untuk kelihatan seperti Beckham merupakan kerja sepenuh masa dan tidak mudah.

"Jadi seperti Beckham nyaris membunuh saya dan saya tidak mahu orang lain membuat kesalahan sama," katanya.

Untuk kelihatan seperti Beckham, jejaka dari Nottingham itu melakukan suntikan kecantikan botox di dahi, bibir, dagu dan pipi setiap bulan selain menjalani rawatan veener gigi.

Lebih mengejutkan, dia membayar kos pembedahan itu menggunakan Elaun Sara Hidup Kehilangan Upaya dan meminjam wang daripada abangnya dan juga bank.

Dia kini bergelut untuk membayar hutang yang kini mencecah 14,000 euro.

Berita mengenai Jack menjadi tular sejak tahun lalu sehingga klinik memberikan rawatan buang lemak, suntikan menebalkan bibir dan juga botox secara percuma kepadanya.

Jack ditemui dalam kedaaan tidak sedarkan diri oleh rakannya empat bulan lalu selepas mengambil pil secara berlebihan.

Dia turut bertemu dengan psikiatri dan disahkan mengalami sindrom dismorfik badan kerana terlalu bimbang mengenai penampilannya.

"Saya tidak menyalahkan Beckham, ia salah saya.

"Saya begitu obses mahu kelihatan seperti dia dan tindakan itu hampir meragut nyawa saya," katanya.

David Beckham

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain