suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanak-Kanak Maut Dicekik, Mayat Dikerat

Ruslan (kiri) menjadi mangsa pembunuhan kejam Alexander.

SEORANG kanak-kanak berusia 10 tahun bukan saja menjadi mangsa pedofilia, malah dibunuh dan mayatnya dikerat sebelum dibuang di merata-rata tempat di St Petersburg, Rusia.

Dailymail melaporkan suspek Alexander Georgievskiy berpura-pura ramah dengan mangsa, Ruslan Korolev sebelum menaiki sebuah kereta api Oktober lepas.

Alexander kemudian mengumpan Ruslan ke rumahnya menggunakan kek dan vodka.

Lelaki berkenaan kemudian cuba meliwat Ruslan tetapi mangsa melawan menyebabkannya marah.

Berang dengan Ruslan, suspek bertindak mencekik mangsa sehingga mati dan mengerat mayat mangsa kepada potongan kecil sebelum disembunyikan di beberapa lokasi di sekitar St Petersburg.

Rakaman CCTV menunjukkan Ruslan dibawa Alexander ke rumahnya.

Ruslan kemudian dilaporkan hilang oleh keluarganya.

Beberapa hari kemudian, polis yang menyiasat kes tersebut menemui anggota badan Ruslan yang dikerat kepada potongan kecil di beberapa lokasi.

Alexander akhirnya berjaya dikenal pasti berdasarkan rakaman CCTV dan ditahan polis pada Jumaat.

Selepas ditahan, Alexander mengaku membunuh Ruslan dan mendedahkan lokasi-lokasi bahagian mayat mangsa disembunyikan.

Dia yang kini berhadapan pertuduhan bunuh boleh dihukum penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

pedofilia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain