suria

Anak Gajah Diselamatkan, Disatukan Semula Dengan Ibu

SEORANG lelaki sanggup mengangkat seekor anak gajah yang tidak bermaya semata-mata untuk mengembalikan haiwan itu kepada ibunya selepas kedua-duanya terpisah di dalam hutan.

Satu rakaman video menunjukkan lelaki tersebut bersama beberapa individu lain berlari sambil mengangkat anak gajah itu di daerah Ooty, Tamil Nadu, India.

Anak gajah itu terpisah dengan ibunya selepas terjatuh ke dalam parit.

Seorang saksi berkata, pegawai hutan dimaklumkan mengenai insiden seekor gajah betina ditemui dekat Jabatan Perhutanan Mettupalayam selepas menyerang kenderaan dan orang awam yang cuba memasuki kawasan tersebut.

"Mereka cuba mengusir haiwan tersebut tetapi ia datang kembali," katanya.

Anak gajah itu berjaya ditarik keluar dari parit sebelum disatukan semula dengan ibunya.

Ketika pasukan penyelamat cuba menolak anak gajah itu kepada ibunya, ia datang semula ke arah mereka kerana keadaannya lemah.

Oleh itu, seorang lelaki membuat keputusan untuk mengangkatnya dan membawa haiwan itu kepada ibunya.

anak gajah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Usaha Murni Dua Sahabat Karib

Artikel Lain