suria

128 Negara Sokong Resolusi Baitulmaqdis

Tindakan Trump mengundang kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

PERHIMPUNAN Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mencatat undian 128 menyokong Resolusi Baitulmaqdis manakala sembilan menentang usul menolak keputusan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Sebanyak 35 negara lain berkecuali dalam undian berkenaan.

Negara yang menyokong Israel ialah Guatemala, Honduras, Marshall Islands, Micronesia, Palau, Nauru dan Togo, sementara Australia, Canada, Mexico, Argentina, Colombia, Czech Republic, Hungary, Poland, Filipina, Rwanda, Uganda dan Sudan Selatan antara negara yang mengundi untuk “berkecuali”.

Malaysia antara 128 negara yang membantah tindakan AS.

Keputusan undian itu dianggap Palestin sebagai satu kejayaan buat mereka.

Jurucakap Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Nabil Abu Rdainah yang menyambut baik keputusan undian itu berkata ia adalah satu kejayaan buat Palestin.

"Kami akan meneruskan usaha di PBB dan semua forum antarabangsa untuk menamatkan penjajahan di wilayah kami serta mewujudkan sebuah negara Palestin dengan Timur Baitulmaqdis sebagai ibu negara," katanya.

Katanya, keputusan itu sekali lagi mengesahkan usaha Palestin mendapat sokongan undang-undang antarabangsa dan tiada keputusan oleh mana-mana pihak boleh mengubah realiti.

Resolusi Baitulmaqdis, PBB

Artikel Sebelum

Selfie Dalam Cawan Kopi!

Artikel Berikut

Artikel Lain