suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Merajuk Dengan Isteri Punya Pasal

SEORANG suami yang pemalas menjadikan lapangan terbang Beijing sebagai rumahnya selama hampir satu dekad sedang 'menikmati' kehidupannya di hab udara kedua paling sibuk di dunia.

Wei Jianguo, 53, dari Beijing, meninggalkan rumahnya pada 2008 selepas bergaduh dengan isterinya.

Dia telah memilih untuk menghabiskan hari dan malam di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital, yang mempunyai tiga terminal dan mengendalikan kira-kira 9.4 juta penumpang pada 2016.

Wei yang merupakan seorang penganggur berkata, lapangan terbang itu hangat dan selesa.

Dia berkata dia boleh minum dan makan mengikut kehendaknya, menurut Video Pear.

Tempat tidur Wei.

Dia juga membina sebuah dapur mudah alih menggunakan periuk elektrik yang dibawa dari rumah.

Rakaman oleh Video Pear menunjukkan Wei menyiapkan tempat tidur di atas lantai menggunakan selimut.

Lelaki itu membawa beberapa barangan keperluan dari rumahnya dan meletakkannya di dalam sebuah troli.

Sebenarnua, Wei boleh pulang ke rumahnya pada bila-bila masa, tetapi dia sendiri yang enggan.

Dia berkata: "Saya tidak dibenarkan minum di rumah."

Katanya, dia menerima subsidi kerajaan berjumlah sekitar 1,000 yuan (RM620) pada setiap bulan.

lapangan terbang

Artikel Sebelum

FB Perkenal Messenger Kids

Artikel Berikut

Indonesia Laksana Kod 810

Artikel Lain