suria

FB Perkenal Messenger Kids

BUAT pertama kalinya, Facebook telah melancarkan aplikasi sembang khusus untuk kanak-kanak.

Akaun yang dikenali sebagai Messenger Kids itu hanya boleh dibuka ibu bapa.

Selain itu setiap rakan media sosial baharu kanak-kanak perlu mendapat kebenaran ibu bapa mereka.

Aplikasi itu juga tiada unsur pengiklanan atau sebarang data untuk tujuan berkenaan, demikian kata Facebook.

Jaringan dalam talian terbesar dunia itu juga memaklumkan, akaun Messenger Kids untuk kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun itu tidak membentuk profil Facebook.

Menurut Facebook lagi, pelbagai kaedah digunakan untuk melindungi aplikasi Messenger Kids.

"Ibu bapa perlu mengesahkan diri mereka dengan memasukkan kata kunci Facebook sebelum akaun Messenger Kids diwujudkan.

"Jika kanak-kanak terlibat mahu menambah rakan atau kenalan mereka, ia perlu disahkan ibu bapa," kata Pengurus Produk, Loren Cheng.

Katanya, kanak-kanak yang menggunakan aplikasi itu juga boleh memadamkan apa sahaja dalam Messenger Kids, manakala ibu bapa tidak mempunyai akses kepada komunikasi anak mereka menerusi peranti mereka.


Messenger Kids

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Merajuk Dengan Isteri Punya Pasal

Artikel Lain