suria

Trump Berang

WASHINGTON: Draf resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung isu Baitulmaqdis yang akan dibentangkan pada Khamis menyebabkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berang.

Kesepakatan negara Islam itu bagi menghalang tindakannya mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Susulan itu, Trump dengan lantang mengugut untuk menghentikan bantuan kewangan kepada negara yang menyokong draf resolusi itu.

"Mereka ambil ratusan juta AS dolar, malah berbilion dolar daripada kita dan kini menentang kita.

"Ingat..kami memerhatikan undian itu. Biar mereka undi menentang kita, ia akan menjimatkan kita, kita tidak peduli," kata Trump kepada wartawan di Rumah Putih.

Sejumlah 193 anggota Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNGA) dijadual mengadakan sesi tergempar, hari ini berhubung pengiktirafan AS itu, selepas negara berkenaan menggunakan kuasa veto pada peringkat Majlis Keselamatan PBB (UNSC).

Dalam sepucuk surat, wakil khas Washington, Nikki Haley, Selasa lalu, memberi amaran kepada negara anggota bahawa beliau akan menghantar laporan kepada Presiden Donald Trump.

Beberapa diplomat kanan berkata, amaran Haley tidak mungkin akan mengubah banyak undi di UNGA.

Malah, sebahagian diplomat menyifatkan amaran itu lebih kepada cubaan untuk mengumpan pengundi AS.

Presiden UNGA, Miroslav Lajcak, enggan mengulas lanjut kenyataan Trump itu, namun menekankan bahawa ia adalah hak dan tanggungjawab anggota untuk menyatakan pandangan mereka. - Reuters

Trump, Baitulmaqdis

Artikel Sebelum

Tisu Najis Panda RM26 Sekotak

Artikel Berikut

Nak Main Sorok-Sorok, Sekali...

Artikel Lain