suria

Pulih Kanser Amal Diet Vegan

SEORANG lelaki mendakwa dia berjaya sembuh daripada penyakit kanser yang dihidapinya apabila mengamalkan diet vegan iaitu hanya makan sayur dan buah-buahan sahaja.

Rob Mooberry, 43, disahkan menghidap kanser usus tahap 4 pada 2012.

Selepas menjalani pembedahan dan rawatan kemoterapi, kansernya turun kepada tahap 3A.

Sebelum meneruskan rawatan, Mooberry dari Las Vegas cuba mengamalkan diet makan sayur dan buah-buahan sahaja.

Keluarga bahagia.

Moobery mendakwa doktor mengarahkannya supaya menjalani rawatan kemoterapi dan terapi radiasi sebanyak dua pusingan.

Malah doktor memaklumkan besar kemungkinan dia terpaksa memakai bungkusan kolostomi.

Namun pada November 2012, dia mula makan sayur dan buah-buahan dengan isterinya Amanda yang sememangnya mengamalkan diet tersebut.

Mooberry berkata semasa pemeriksaan imbasan pada awal 2013, saiz sel kansernya merosot hampir 80%.

Kini dia diisytiharkan bebas kanser selama lima tahun dan menjalani kehidupan bahagia bersama isteri dan anak kembarnya.

diet vegan, kanser usus

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

'Restoran Bogel' Kini Di Paris

Artikel Lain