suria

Putera Harry, Meghan Kahwin 19 Mei Depan

LONDON: Putera Harry dan tunangnya, Meghan Markle akan berkahwin pada 19 Mei depan, umum Istana Kensington.

Cucu kepada Ratu Elizabeth itu mengumumkan pertunangan mereka pada bulan lalu dengan majlis perkahwinan akan berlangsung di Gereja St George, Istana Windsor.

"Putera Harry dan Meghan Markle akan berkahwin pada 19 Mei 2018," kata Istana Kensington dalam satu kenyataan.

Pasangan itu memilih untuk berkahwin di Windsor, barat London kerana ia lokasi istimewa untuk mereka.

Ratu Elizabeth, 91, akan turut hadir dalam majlis itu.

Gereja St George ialah tempat perkahwinan sepupu Putera Harry, Peter Phillips dan Autumn Kelly pada 2008 serta Count dan Countess Wessex pada 1999.

Putera Harry, Meghan Markle

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pulih Kanser Amal Diet Vegan

Artikel Lain