suria

Zimbabwe Patah Seludup 200kg Gading Ke Malaysia

HARARE: Kegiatan penyeludupan kira-kira 200 kilogram (kg) gading gajah ke Malaysia telah dipatahkan pihak berkuasa Zimbabwe sebaik ia tiba di lapangan terbang negara itu.

Ejen keselamatan Pengurusan Hidupan Liar dan Taman Zimbabwe telah menghalang ia diterbangkan ke Malaysia, kata jurucakapnya, Tinashe Farawo.

Gading itu dimasukkan dalam empat kotak dan dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Robert Mugabe pada Isnin.

Perdagangan gading dilakukan secara kawalan di Zimbabwe, tetapi pengeksportannya dilarang.

Menurut Farawo, harga pasaran semasa bagi gading itu adalah AS$2,100 setiap kg dan nilai keseluruhan yang dirampas itu mencecah AS$420,000.

"Kami telah menghubungi ejen penghantaran terlibat untuk mengenal pasti pemilik gading itu. Kami juga sedang menyiasat dari mana bekalan itu diperoleh," katanya.

Kata Farawo, walaupun pihak keselamatan pernah menahan beberapa individu yang cuba menyeludup gading menggunakan laluan udara, bagaimanapun insiden terkini ini adalah antara rampasan terbesar.- Reuters




Zimbabwe, gading

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pesawat Kecil Kanada Terhempas

Artikel Lain