suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gangguan Seksual: Trump Perlu Disiasat

WASHINGTON: Lebih 100 ahli perundangan Demokrat di Amerika Syarikat (AS), menggesa jawatankuasa pengawasan Dewan Perwakilan menyiasat dakwaan serangan dan gangguan seksual ke atas Presiden Donald Trump.

"Sudah tiba masanya kita mendapatkan kebenaran tentang perkara itu," kata penggubal undang-undang dari Florida, Lois Franken yang juga Pengerusi Kumpulan Kerja Wanita Demokrat (DWWG).

Seramai 17 wanita mendakwa jutawan hartanah terbabit melakukan tingkah laku tidak sesuai termasuk mencium dan meraba tanpa kerelaan mereka.

"Kita tidak boleh bertolak ansur dengan serangan seksual ini,  walaupun dia mungkin anggota Kongres atau Presiden AS," tegasnya.

Gesaan melakukan siasatan itu dibuat sehari selepas tiga wanita, Samantha Holvey, Rachel Crooks dan Jessica Leeds mendakwa Trump melakukan perbuatan itu dalam insiden berasingan sebelum dia ambil alih jawatan di Rumah Putih.

Beliau bagaimanapun menafikan dakwaan itu menerusi akaun Twitter dan turut menuduh Demokrat membuat tuduhan palsu melibatkan wanita yang tidak pernah dikenali atau ditemuinya. 


Trump, Demokrat

Artikel Sebelum

24 Sen 'Bayaran' Dicabul

Artikel Berikut

Artikel Lain