suria

Mahkamah Arah Tahan Suspek Tembak MH17

KIEV: Sebuah mahkamah di Kiev mengarahkan penangkapan seorang suspek yang terlibat menembak jatuh pesawat Malaysian Airlines MH17 di timur Ukraine pada Julai 2014, lapor akhbar tempatan.

Mahkamah Daerah Shevchenkivsky di Kiev mengeluarkan waran tangkap kepada Perkhidmatan Keselamatan Ukraine (SBU) supaya menahan KIEV, Ukraine – Sebuah mahkamah di Kiev me­ngarahkan penangkapan seorang suspek yang terlibat menembak jatuh Pe­nerbangan Malaysian Airlines MH17 di timur Ukraine pada Julai 2014, lapor akhbar Kyiv Post baru-baru ini.

Mahkamah Daerah Shevchenkivsky di Kiev mengeluarkan waran tangkap kepada Per­khidmatan Keselamatan Ukraine (SBU) supaya menahan Sergey Dubinsky, kata SBU kepada portal berita akhbar tersebut, Ukrainnski Novyny dalam satu laporan yang disiarkan Sabtu lepas.

Dubinsky disyaki mengaturkan untuk membawa masuk sistem pelancar peluru berpandu buatan Rusia, BUK ke Ukraine. Misil itu digunakan untuk me­nembak jatuh Penerbangan MH17 pada 17 Julai 2014 yang mengakibatkan ke­semua 298 kru dan penumpangnya terbunuh.

Dubinsky merupakan veteran tentera Rusia dan pernah berkhid­mat sebagai ketua perisikan untuk Igor Girkin iaitu pegawai perisikan tentera Rusia yang mengetuai campur tangan ketenteraan Moscow di Donbas, Ukraine dalam tahun 2014.

“Dubinsky didakwa terlibat dalam aktiviti keganasan dan telah dimaklumkan tentang waran tangkap ini,” SBU memberitahu Ukrainnski Novyny. Dubinsky dipercayai tinggal di Crimea, wilayah Ukraine yang diduduki Rusia.

Pasukan Penyiasat Bersama MH17 (JIT) yang ditubuhkan pada 28 September 2016 dan dianggotai oleh Australia, Belgium, Malaysia, Belanda serta Ukraine mengesahkan bahawa misil yang memusnahkan MH17 diseludup masuk dari Rusia bersama unit BUK 332.

Peluru berpandu itu dilancarkan dari sebuah kawasan di Donbas pada hari kejadian.

Pasukan penyiasat terbuka, Bellingcat mendedahkan maklumat lanjut pada Oktober 2015 bahawa misil BUK terbabit yang adalah milik Briged Antipesawat Rusia Ke-53 yang berpangkalan di Kursk. 

 
Dubinsky, MH17

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain