suria

Dakwa Dianiaya, Wanita Potong Kemaluan Bekas Kekasih

Johanny Diaz dan Samuel Ventura Garcia semasa menjalinkan hubungan cinta. Foto CEN/Mirror

SEORANG wanita didakwa memotong kemaluan bekas teman lelakinya.

Suspek turut didakwa memberikan dadah kepada mangsa sehingga tidak sedar sebelum kemaluannya dipotong.

Ketika kejadian, pasangan itu sebelum tinggal bersama di sebuah kabin di bandar Puerto Plata di Republik Dominican.

Menurut laporan polis, Samuel Ventura Garcia, 44, dan teman wanitanya, Johanny Diaz, 28, bertengkar dan memutuskan hubungan mereka.

Diaz kemudiannya bertindak meletakkan dadah dalam minuman Garcia sehingga dia tidak sedarkan diri.

Suspek melarikan diri selepas memotong kemaluan Garcia.

Dia bagaimanapun berjaya ditahan polis Republik Dominican.

Menurut laporan daripada pihak polis, Garcia dibawa ke hospital berdekatan bagi menjalani rawatan.

Garcia perlu menjalani pemulihan sekurang-kurangnya selama dua bulan, selepas pembedahan empat jam.

Menurut laporan, Diaz tidak menyesal melakukan serangan itu, kerana dakwanya dia menjadi mangsa penganiayaan Garcia yang memaksa bersamanya. - Mirror

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain