suria

Culik, Rogol Dan Bunuh

Foto kredit: Manoj Dhaka

KEJAM! Diculik ketika tidur, dirogol dan dibunuh.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di utara Haryana, India diculik ketika tidur sebelum dirogol dan dibunuh.

Kanak-kanak tersebut didakwa diculik pada 8 Disember dan ditemui berdekatan dengan rumahnya pada Ahad.

Mayat kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan mengejutkan penduduk kampung itu apabila corak pembunuhannya sama dengan kejadian yang berlaku pada tahun 2012.

Ibu mangsa,Manoj Dhaka memberitahu BBC bahawa dia mahukan keadilan.

"Sudah 24 jam dan polis belum menagkap sesiapa lagi," ujarnya.

Pihak polis telah menyoal siasat adik-beradik kepada suami wanita itu, namun belum ada sebarang tangkapan dibuat.

Manakala pihak kerajaan telah menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kes tersebut, dan orang awam mula menekan mereka untuk bertanggungjawab terhadap jenayah itu.

Keluarga mangsa juga turut mendakwa mereka tidak ada keyakinan terhadap polis tempatan.

Ketika kejadian, bapa mangsa keluar bekerja lewat malam.Kejadian disedari apabila isterinya yang bangun pada waktu pagi mendapati anak perempuan hilang.

Pasangan tersebut mempunyai tiga orang anak termasuk dua orang lelaki.

Kanak-Kanak Enam Tahun, Culik, Rogol

Artikel Sebelum

Israel Serang Balas Gaza

Artikel Berikut

Artikel Lain