suria

Cubaan Letup Terminal Bas Gagal

Akayed Ullah dihantar ke hospital dengan kecederaan serius di bahagian perut dan lengan.

SEORANG lelaki berjaya ditahan selepas cuba melakukan serangan keganasan di sebuah stesen bas di New York.

"Pengganas tidak akan menang," jelas Datuk Bandar Bill de Blasio selepas berlaku letupan di Terminal Port Authority, Manhattan awal pagi Isnin.

Suspek kejadian dikenal pasti sebagai Akayed Ullah berusia 27 tahun merupakan imigran dari Bangladesh dan pemegang 'kad hijau' yang mempunyai keluarga di Amerika Syarikat.


Ullah mengalami kecederaan berikutan bahan letupan yang diikat dibadannya meletup dan dihantar ke Hospital Bellevue.

Manakala tiga orang awan mengalami kecederaan ringan.

De Blasio percaya Ullah bertindak seorang diri.


Letupan tersebut berlaku pada pukul 7.30 pagi Isnin di sebuah terminal bas paling sibuk di dunia.


Cubaan letup, New York

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Aksi Lincah Wanita Besi

Artikel Lain