suria

Israel Serang Balas Gaza

BAITULMAQDIS: Tentera Israel terus membedil Semenanjung Gaza menggunakan laluan darat dan udara bagi membalas serangan pada Isnin.

Dalam kejadian itu, Palestin dikatakan telah melancarkan tembakan roket yang dilancarkan ke arah tentera Israel.

Sekurang-kurangnya dua roket ditembak dari Semenanjung Gaza, bagaimanapun satu daripadanya dapat dipintas sistem pertahanan peluru berpandu Dome milik tentera Israel.

Menurut kenyataan tentera rejim Zionis, serangan menggunakan kereta perisai dan pasukan tentera udara Israel telah menyasarkan lokasi tentera Hamas di selatan Semenanjung Gaza.

Bagaimanapun, tiada sebarang maklumat diterima mengenai jumlah kematian atau kecederaan di lokasi serangan setakat ini.

Jurucakap tentera Zionis, Jonathan Conricus berkata, kereta perisai Israel membedil lokasi tentera Hamas di Gaza selepas memintas roket kedua yang dilancarkan pergerakan itu.

Penduduk Gaza berkata, serangan itu berlaku di bahagian utara penempatan rakyat Palestin.

Ia adalah tembakan roket pertama dilancarkan sejak petang Jumaat lalu yang mencetuskan serangan berterusan Israel selama dua malam berturut-turut, mengakibatkan dua anggota pergerakan Hamas terbunuh.




Israel, Gaza

Artikel Sebelum

Jutawan Pada Usia 6 Tahun

Artikel Berikut

Culik, Rogol Dan Bunuh

Artikel Lain