suria

Ibu Bapa Berang Hanya Baju Sejuk 'Dilulus' Sekolah

Sekolah Tinggi Patcham di Brighton. Foto Google Street View)

SEKUMPULAN ibu bapa di Brighton, United Kingdom berang dengan tindakan sebuah sekolah yang didakwa memberitahu pelajar mereka tidak boleh memakai baju sejuk sendiri meskipun suhu di bawah paras sifar.

Mereka mendakwa Sekolah Tinggi Patcham memaksa pelajar untuk membeli baju sejuk yang 'diluluskan' oleh pihak sekolah.

Ramai pelajar di sekolah di Brighton, timur Sussex itu kini didakwa dipaksa berjalan di kawasan sekolah dengan memakai 'jumper'.

Kerri Barnes-Dredge, 41, mendakwa, anak perempuannya yang belajar pada Tahun 11 perlu menanggalkan jaketnya di pagar sekolah itu.

Ibu kepada empat anak itu berkata, anak perempuannya telah pun mempunyai baju sejuk yang sesuai dan enggan membayar sebanyak £32 (RM174) untuk baju yang hanya perlu dipakai selama beberapa bulan.

Katanya: "Mereka cuba membuat kami membeli kot baru tetapi buat apa? Anak saya dah ada dua baju dan dia hanya berada di sana untuk beberapa bulan.

"Kanak-kanak boleh memakai kot lain ke pintu pagar tetapi jika mereka dilihat berpakaian itu di kawasan sekolah, kot mereka akan dirampas sehingga tamat sesi persekolahan hari berkenaan," katanya.

Kot baju sejuk yang dijual di pasaran dan dibenarkan dipakai di sekolah berharga £32 sehingga ke baju hujan jenis ringan berharga £14.90 (RM81).

Bagaimanapun, guru besar sekolah berkenaan, John McKee membidas semula ibu bapa dengan mengatakan bahawa polisi itu merupakan satu bentuk 'semakan kemiskinan' yang dapat membantu kanak-kanak daripada keluarga yang kurang bernasib baik.

Dia mendakwa kos pakaian itu merupakan antara yang termurah di bandar.

"Ia merupakan sebahagian daripada nilai yang ditunjukkan oleh sekolah kami, dan kami tidak mahu mana-mana pelajar lebih menonjol disebabkan mereka memakai kot yang berbeza.

"Kita tidak mana-mana pelajar rasa terpinggir hanya kerana tidak mampu membeli jaket berjenama.

"Kanak-kanak tidak dibenarkan memakai jaket di dalam bangunan sekolah, jadi mereka perlu menanggalkannya bila sampai di pintu pagar dan menyimpannya di dalam beg.

"Semua yang saya lakukan adalah untuk kepentingan kanak-kanak yang terbaik," tambah guru besar itu. - Mirror

Artikel Sebelum

Kejam!

Artikel Berikut

Artikel Lain