suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Trump Mahu Angkasawan AS Ke Bulan, Marikh

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) mahu memulakan kembali program pengembaraan angkasa lepas dengan menghantar angkasawan ke bulan dan ke planet Marikh.

Menurut laporan CNN, Donald Trump memberikan kuasa kepada Pentadbir Nasa, Robert M. Lightfoot Jr untuk mengetuai program pengembaraan angkasa lepasnya.

Trump membuat pengumuman tersebut dalam majlis bersama pesara angkasawan.

Menurut Trump inisiatif tersebut sebagai langkah awal untuk 'mewujudkan pangkalan asas di bulan dan seterusnya ke planet Marikh dan mungkin ke lebih banyak planet'.

"Arahan yang saya tandatangani akan memfokus kembali kepada program angkasa lepas AS terhadap pengembaraan dan penemuan," ujar Trump di Rumah Putih.

Kali terakhir angkasawan AS mendarat di bulan adalah pada 11 Disember 1972 menerusi misi Apollo 17.

Trump, Marikh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain