suria

Tikam Abang Ipar Hingga Perut Terburai

BAPA tiga anak bertindak menikam abang iparnya sebanyak 25 kali sehingga perutnya terburai dalam insiden penuh tragis yang berlaku di dalam sebuah bas.

Mangsa yang berusia dalam lingkungan 50 tahun ditikam berpuluh-puluh kali selepas kedua-duanya didakwa terlibat dalam satu pertengkaran.

Rakaman yang diambil menerusi kamera telefon bimbit dan diperoleh ABC 7 menunjukkan dua lelaki terbabit bergaduh di tempat duduk belakang sebuah bas di Chicago, Illinois, Amerika Syarikat.

Suspek, Darnel R.Scott, 37, didakwa menikam abang iparnya di perut, kaki, leher dan belakang kepala dengan pisau lipat.

Ketika prosiding di mahkamah, Penolong Peguam Negara, Craig Taczy berkata perut mangsa terburai dalam serangan itu.

Scott turut didakwa menyerang mangsa di hadapan penumpang lain.

Ikat jamin terhadap suspek juga tidak dibenarkan.

Insiden itu berlaku kira-kira pukul 6.30 petang Khamis lalu.

Insiden itu dipercayai berlaku selepas kedua-dua lelaki itu bersemuka antara satu sama lain dan mangsa menuduh abang iparnya mengupah sekumpulan individu untuk menyerangnya.

Scott ditahan sebaik sahaja turun daripada bas tersebut.

tikam, abang ipar

Artikel Sebelum

Pelangi Di Taiwan Catat Rekod Dunia

Artikel Berikut

Artikel Lain