suria

Dah Lama Meghan Tunggu 'Putera Impian'

Sambil tersenyum menerusi gambar yang dirakamkan pada 1996, Meghan (tengah) menunjukkan tangan kirinya yang disarungkan cincin berlian. Foto Daily Mail/Splash News

SEBELUM mengetahui dirinya akan mengahwini seorang putera, Meghan Markle telah lama mencuba cincin berlian sewaktu zaman remajanya di Switzerland.

Ketika itu Meghan hanya baru berumur belasan tahun diberikan peluang untuk mencuba cincin berkenaan di sebuah butik berlian.

Beliau mencubanya bersama rakan Ninaki Priddy pada musim panas dalam kunjungan musim panas di sekitar Eropah.

Percutian tersebut turut menyaksikan Meghan bersiar-siar di sekitar Istana Buckingham dan menetap di sebuah hotel di Kensington.

Menurut sekeping gambar, ia diambil pada 1996, dua dekad sebelum pelakon warga Amerika Syarikat (AS) itu yang kini berumur 36 tahun bertemu Putera Harry, 33.

Dengan gaya tersenyum, remaja itu menunjukkan tangan kirinya yang disarungkan sebentuk cincin berlian.

Putera Harry melamar Meghan dengan sebentuk cincin pada awal bulan ini. - Mail Online


Putera Harry, Meghan Markle

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain