suria

Semua Juruterbang American Airlines Cuti Krismas?

Gambar hiasan. Foto AP

RIBUAN penerbangan American Airlines pada Disember menjadi tanda-tanya apabila syarikat itu masih belum lagi mempunyai jadual kerja untuk juruterbangnya.

Keadaan itu berikutan masalah yang berlaku pada sistem jadual.

Kesatuan juruterbang menjangkakan lebih 15,000 penerbangan dari 17 sehingga 31 Disember yang merupakan tempoh percutian kemuncak sempena perayaan Krismas, terjejas.

Sejumlah penerbangan yang masih belum mempunyai juruterbang itu melibatkan hab utama American Airlines iaitu Dallas-Fort Worth, Boston, Miami, New York, Philadelphia, Salt Lake City, Chicago dan Charlotte, NC.

"Pada dasarnya berlaku krisis di American Airlines terhadap pihak yang mengendalikan kokpit," kata Dennis Tajer, jurucakap bagi Persatuan Juruterbang Bersekutu.

Kesatuan itu memberitahu, masalah sistem berkenaan didedahkan kepada juruterbang pada Jumaat lalu.

"Kami sedang berusaha untuk menjaga juruterbang dan memastikan para pelanggan dapat meneruskan perjalanan semasa cuti," kata jurucakap American Airlines, Matt Miler pada Rabu.

Miller turut menjelaskan bahawa syarikat penerbangan itu mempunyai sejumlah juruterbang 'simpanan' yang boleh membantu untuk menjalankan tugas pada Disember.

Bagaimapun beliau tidak menyatakan berapa ramai yang bersedia untuk membuat penerbangan dalam tempoh itu. - Mail Online

American Airlines

Artikel Sebelum

Aksi Yang Membuatkan Anda Teruja!

Artikel Berikut

Artikel Lain