suria

Pelancong 'Tunjuk Punggung' Ditahan Sebelum Pelepasan

DUA warga Amerika di sebalik akaun Instagram pelancongan 'tunjuk punggung' @travel_butts telah ditahan di Lapangan Terbang Don Mueang malam Selasa atas tuduhan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.

Mereka ditahan selepas menyiarkan gambar punggung masing-masing dengan latar belakang kuil Wat Arun di akaun Instagram tersebut yang telah dipadam. Akaun @travel_butts sebelum ini memaparkan gambar-gambar dua lelaki terbabit menunjukkan punggung mereka di tempat-tempat pelancongan dunia.

Tindakan mereka itu mencetuskan kemarahan warga Thai apabila ia tular dengan komen-komen meminta mereka diusir kerana tindakan itu dianggap jijik serta tidak menghormati masyarakat dan negara berkenaan.

Akaun Instagram yang telah dipadam.

Mereka juga menerima ancaman serangan dan ugutan bunuh.

Jurucakap polis imigresen mengesahkan bahawa pasukannya menahan dua lelaki terbabit pada jam 8 malam apabila mereka mahu berlepas keluar dari Thailand, lapor Bangkok Post.

Kedua-dua mereka dikenal pasti sebagai Joseph dan Travis, berusia 38 tahun.

Ketika ditahan mereka diberitahu bahawa sebagai pelancong mereka harus menghormati tempat-tempat pelancongan bersejarah, budaya dan agama.

Dua lelaki itu didakwa mengaku mengambil gambar tersebut dan dibawa ke Balai Polis Bangkok Yai.

Kesalahan bogel di tempat awam dikenakan hukuman denda sehingga THB5,000 (kira-kira $AS150).

Mereka ditahan sementara menunggu dihadapkan ke mahkamah.

Don Mueang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain