suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Batu Jed Bernilai RM29 Juta

Foto Coconuts Yangon.

NAYPYIDAW: Batu jed seberat 300 tan yang ditemui di sini, tahun lalu berjaya dinilai tahun ini.

Menurut laporan Coconuts Yangon, batu jed itu dijangka bernilai AS$7.3 juta (RM29 juta) secara keseluruhannya.

Batu tersebut digali pada 10 Oktober tahun lalu dari sebuah lombong yang beroperasi di bawah kawalan Kementerian Sumber Semulajadi.

Pada awal penemuannya, batu jed berkenaan dijangka bernilai AS$5 juta.

Berukuran 19 kaki panjang, 15 kaki lebar dan 14 kaki tinggi, batu berharga itu yang terbesar pernah ditemui, kata Timbalan Pengarah Syarikat Myanmar Gems, U Min Thu.

Kerajaan Myanmar dijangka menerima kira-kira AS$1.5 juta dari hasil jualan batu jed itu nanti.

Bagaimanapun, beberapa pihak antarabangsa mengatakan batu tersebut dinilai terlalu rendah dan ia sepatutnya bernilai sehingga AS$170 juta.

Batu jed berkenaan kini disimpan di sebuah gudang di Naypyidaw dengan kawalan ketat.

Beberapa serpihan batu tersebut akan dijual dalam acara jualan Myanmar Gems & Jade Emporium pada 12 Disember nanti.

batu jed

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pesawat Terbesar Dunia Terhempas

Artikel Lain