suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat Terbesar Dunia Terhempas

Pesawat Airlander 10 terhempas pada Sabtu. Foto Twitter roadpoliceBCH

AIRLANDER 10 yang digelar sebagai pesawat terbesar di dunia terhempas ke sebuah padang di United Kingdom pada Sabtu.

Pesawat gergasi itu terhempas di Cardington, Bedfordshire pada kira-kira pukul 9.30 pagi waktu tempatan (5.30 petang waktu Malaysia).

Insiden tersebut mengakibatkan seorang wanita cedera.

Beberapa jalan turut ditutup berikutan kebimbangan terhadap bahan api dan gas helium.

Pesawat Airlander 10 semasa penerbangan sulung pada Ogos lalu.

Seorang saksi memberitahu, pesawat yang sepanjang padang bola sepak itu 'jatuh seperti kepingan ibarat angin besar'.

Pesawat tersebut hanya menyempurnakan ujian penerbangannya keenam pada Jumaat.

Jurucakap syarikat yang memiliki pesawat itu Hybrid Air Vehicles Ltd memberitahu, ia tidak diterbangkan dan terlepas dari tambatannya ketika kejadian.

Tiada penumpang di dalam pesawat itu dan seorang wanita yang merupakan kakitangan dipercayai cedera dan dibawa ke hospital. - Mirror

Artikel Sebelum

Batu Jed Bernilai RM29 Juta

Artikel Berikut

Artikel Lain