suria

Terjumpa Anak Selepas 9 Bulan Diculik

Rakaman CCTV menunjukkan polis menahan salah seorang penculik. Foto Weixin

SEORANG bapa menyelamatkan anaknya yang menjadi mangsa culik apabila bertembung dengan anaknya itu sembilan bulan selepas insiden penculikan.

Anak kepada Chen Zhonghong yang berumur enam tahun dibawa oleh tiga penculik ke sebuah pusat membeli-belah di Qingxin, China.

Secara kebetulan, Zhonghong berada di pusat membeli-belah ketika itu.

Anak lelakinya, Cheng Jiafu diculik dari rumahnya di Kampung Matang, Qingyuan pada 27 Mei 2016.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada Februari menunjukkan polis menahan salah seorang penculik selepas Zhonghong menyedari anaknya di pusat membeli-belah yang sama.

Menurut hakim, ketiga-tiga lelaki itu dipercayai berhasrat untuk menjual budak lelaki itu bersama mangsa yang lain kepada keluarga yang tidak mempunyai anak.

Pada hari anaknya diculik, Zhonghong sedang bekerja dan anak lelakinya ditinggakan bersama seorang anak perempuannya.

Menurut laporan, ketiga-tiga tertuduh iaitu Ou, Li dan Chen disabitkan hukuman penjara, masing-masing enam, tiga dan dua tahun kerana kesalahan menculik kanak-kanak. - Mirror

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Guna Raket Tenis Lenyek Kentang

Artikel Lain