suria

Budak 'Amuk' Di Sephora

SEORANG kanak-kanak nakal didakwa merosakkan palet warna pembayang mata bernilai sekitar AS$1,300 di sebuah cawangan runcit kecantikan Sephora.

Insiden itu dipercayai berlaku di sebuah cawangan runcit kecantikan Sephora di Augusta, Georgia di Amerika Syarikat (AS).

Pengguna Facebook, Brittany Nelson yang mengendalikan halaman Extraordinary Life Makeup Artistry memuat naik gambar kerosakan palet warna itu dan menjadi tular di media sosial.

"Palet warna pembayang mata bernilai AS$1,300 di Sephora musnah malam tadi disebabkan anak-anak kecil."

"Saya yakin dia fikir ia seperti cat yang dicalit pada jari dan kenakalan kanak-kanak itu amat luar biasa," katanya.


Walaupun dia tidak menyaksikan perbuatan 'vandalisme' itu di depan matanya, Nelson berkata dia terlihat seorang ibu bersama anaknya keluar dari kedai kosmetik tersebut.

"Perbuatan itu amat menjengkelkan dan saya tidak bekerja untuk Sephora. Ketika hendak masuk ke kedai itu saya terlihat seorang ibu bersama anaknya baharu sahaja keluar dari kedai terbabit," katanya.

Nelson turut menasihati wanita supaya datang ke kedai tersebut bersendirian tanpa membawa bersama anak kecil mereka.

"Jika perlu laksanakan peraturan masukkan tangan ke dalam poket untuk mengelak sebarang kerosakan berlaku," katanya.

Komen Nelson turut mendapat reaksi positif di kalangan netizen dengan ada yang berpendapat supaya golongan ibu mengawasi gerak-geri anak mereka semasa membeli-belah di Sephora.

Sephora

Artikel Sebelum

Guna Raket Tenis Lenyek Kentang

Artikel Berikut

42 Bas Sekolah 'Ditanam'

Artikel Lain