suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

42 Bas Sekolah 'Ditanam'

Tapak projek yang menempatkan sejumlah bas sekolah 'ditanam' sedalam 14 kaki. Foto Bruce Beach

SIAPA sangka perkampungan Horning’s Mills, kira-kira 100 kilometer utara dari Toronto, Kanada menyimpan satu rahsia.

Di sebaliknya kawasan berumput yang begitu luas, ia dijadikan tempat perlindungan nuklear berkeluasan 10,000 kaki persegi.

Sebanyak 42 bas sekolah lama yang diliputi konkrit dan 'ditanam' sedalam 14 kaki ke bawah tanah.

Pusat perlindungan itu direka untuk menampung 500 orang selama beberapa bulan, lengkap dengan pelbagai keperluan seperti bekalan makanan dan tandas.

Bekas jurutera elektrik, Bruce Beach, 83, memulakan projek itu pada 1980 semasa kemuncak Perang Dingin dan pembinaan siap sepenuhnya pada 1982.

Beach yang berasal dari Winfield Kansas dan menetap di Chicago bimbang perang tersebut mengakibatkan senjata nuklear meletus lalu berhijrah ke tempat lebih selamat di pendalaman Kanada pada 1970.

Selepas lebih 30 tahun, letusan nuklear tidak berlaku dan akhirnya tempat perlindungan itu bertukar menjadi kubu pertahanan yang besar. - odditycentral

Artikel Sebelum

Budak 'Amuk' Di Sephora

Artikel Berikut

Artikel Lain