suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Juruterbang Nakal Dikecam 'Lukis' Zakar Di Langit

NAMA baik pasukan tentera laut Amerika Syarikat sedikit tercalar selepas tindakan salah seorang juruterbang mereka menggunakan jet tempur bagi menunjukkan kemahiran seninya dikecam.

Sebuah jet tempur canggih digunakan untuk 'melukis' zakar gergasi di langit oleh seorang juruterbang nakal.

Imej yang dibentuk oleh kapal perang E/A-18 Growler itu muncul di langit kawasan Okanogan County di Washington, pada Khamis.

Lukisan memalukan tersebut yang terbentuk daripada asap pesawat tular apabila penduduk tempatan merakamkan gambarnya sebelum membuat perkongsian di media sosial.

Anahi Torres menulis: "Perkara yang paling diingati berlaku di Omak. Zakar di langit."

Adam Gessaman yang turut merakamkan gambar tersebut menulis: "Beberapa juruterbang di NAS Whitby melakukan beberapa lukisan langit hari ini."

Tetapi tidak semua orang melihatnya sebagai sesuatu yang lucu, malah stesen TV tempatan melaporkan bahawa ibu-ibu bimbang tentang anak-anak mereka yang melihat imej tersebut.

Tentera Laut telah mengeluarkan permintaan maaf secara rasmi berhubung kejadian itu dan berjanji akan melakukan siasatan.

Naib Laksamana Mike Shoemaker berkata: "Sifat keanak-anakan dan tidak matang tidak dapat diterima dalam penerbangan Naval hari ini.

"Kami akan menyiasat kejadian ini dan mendapatkan semua fakta dan bertindak dengan sewajarnya." -dailystar

lukisan langit, tentera laut

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain