suria

Korea Utara: Trump Ulangi Amaran

SEOUL: Korea Utara terus menjadi fokus utama Presiden Donald Trump apabila mengulangi amaran bahawa Amerika Syarikat (AS) akan menggunakan seluruh kekuatan ketenteraan sekiranya diperlukan bagi mempertahankan negara berkenaan dan sekutunya semasa beliau melawat Korea Selatan.

Bercakap pada sidang akhbar bersama Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in, Trump berkata, walaupun beliau berharap dapat menggunakan kaedah lain selain kuasa tentera, AS bersedia melakukan apa sahaja untuk menghalang diktator Korea Utara, Kim Jong-un daripada terus mengancam nyawa manusia.

“Kita tidak boleh membenarkan Korea Utara mengancam semua apa yang telah dibina. Kita berdoa kepada Tuhan supaya tidak perlu menggunakan semua kuasa ketenteraan AS,” kata Trump pada hari pertama lawatan dua harinya ke Korea Selatan.

Terdahulu, beliau dan Wanita Pertama AS, Melania Trump mendapat sambutan karpet merah selepas pesawat rasmi mereka, Air Force One mendarat di Pangkalan Udara Osan, luar Seoul.

Trump kemudian menaiki helikopter ke Kem Humphreys yang juga pangkalan tentera AS terbesar di Korea Selatan untuk beramah mesra dengan askar AS dan Korea Selatan dengan diiringi Jae-in.

Rumah Putih berkata, lawatan Trump itu bagi membuktikan kesungguhan AS berhubung pendekatan keras Trump dalam menangani ancaman nuklear dan peluru berpandu balistik Korea Utara.

Dalam pertemuannya dengan komander-komander tentera mengenai isu Korea Utara, Trump memberitahu wartawan: “Ia akan berjaya, ia sentiasa berjaya, ia perlu berjaya”.

Bagaimanapun beliau tidak mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Trump, Korea Selatan

Artikel Sebelum

Jokowi Mohon Maaf

Artikel Berikut

Artikel Lain