suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jokowi Mohon Maaf

SOLO: Presiden Joko Widodo memohon maaf kepada penduduk sekitar bandar ini kerana majlis pernikahan anak perempuan tunggalnya akan menyebabkan berlaku kesesakan di situ.

Kahiyang Ayu bakal bernikah dengan pemuda dari Sumatera Utara, Bobby Afif Nasution pada Rabu.

"Kami sekeluarga memohon maaf kepada masyarakat (Solo), terutama jiran di sini atas lalu lintas yang mungkin agak mengganggu sehingga esok (Rabu) dan mungkin juga di jalan lain.

"Sekali lagi, kami mohon maaf yang sebesar-besarnya terhadap gangguan-gangguan yang ada," lanjutnya.," kata pemimpin yang lebih mesra disapa Jokowi itu.

Pada Selasa, beliau bersama isteri, Iriana telah mengikuti upacara siraman anak perempuannya itu di Gedung Graha Saba Buana, di sini.

Antara laluan yang terlibat dalam perarakan sempena pernikahan pasangan itu adalah Jalan Letjend Soeprapto, jalan di depan Graha Saba Buana yang akan ditutup, sekali gus menyebabkan gangguan lalu lintas.

Pada masa sama, Jokowi mengakui gembira kerana majlis itu turut meningkatkan ekonomi di kota Solo berbanding hari biasa.

Hal itu kerana katanya, kebanyakan hotel di Solo telah penuh dengan tetamu yang menghadiri majlis pernikahan anaknya itu.

"Ya kalau kita lihat tiada bilik yang kosong, malahan ada yang terpaksa menginap di Yogyakarta," katanya.

Jokowi, Kahiyang

Artikel Sebelum

Suka-Suka Tapi Menang Besar

Artikel Berikut

Korea Utara: Trump Ulangi Amaran

Artikel Lain