suria

Lapan Kereta Berlanggar, Ferrari Remuk Teruk

-fotoUKNewsinPictures/metroUK

EMPAT dikejarkan ke hospital selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan lapan kenderaan termasuk sebuah Ferrari berharga £450,000.

Perkhidmatan kecemasan dipanggil ke lokasi kejadian di Gravel Hill, Croydon, kira-kira pukul 7 malam.

Bagaimanapun, kesemua mangsa mengalami kecederaan yang digambarkan sebagai 'tidak mengancam nyawa'.

Seorang saksi berkata mereka melihat sembilan kereta polis dan dua ambulans di tempat kejadian ketika dia menaiki trem.

Jurucakap polis berkata: "Lapan kereta terbabit dalam perlanggaran di Gravel Hill. Empat dibawa ke hospital dan tiada kecederaan dianggap kritikal atau mengancam nyawa."

Gambar-gambar di tempat kejadian menunjukkan kereta Ferrari itu terperosok ke bahagian belakang van yang kemudian menghentam kereta bahagian depannya.

-fotoUKNewsinPictures/metroUK

Jurucakap Perkhidmatan Ambulans London (LAS) menambah: "Kami dihubungi pada pukul 6.55 petang hari ini berhubung laporan perlanggaran jalan raya di Gravel Hill.

"Kami telah merawat lapan pesakit yang cedera termasuk yang cedera leher dan belakang badan serta empat pesakit dibawa ke hospital."

Seorang guru renang yang tinggal di Shirley dan bekerja di Royal Russell School, Samantha Nott berkata dia sering memandu berulang-alik ke tempat kerja menggunakan laluan Gravel Hill.

Ibu kepada dua anak itu berkata dia bimbang jika satu kawasan baharu di Gravel Hill menjadi punca kemalangan itu.

Dia berkata: "Saya tidak bimbang memandu di Gravel Hill kerana saya sering lalu di situ, tetapi anda perlu berhati-hati kerana lorong di situ akan membuatkan pemandu membuat keputusan pada saat akhir.

"Ini mungkin sebahagian punca kerana susun atur lorong di sekitar bulatan di bahagian bawah bukit telah ditukar.

"Perubahan itu menyebabkan kekeliruan, terutama bagi orang yang tidak biasa dengan jalan itu."

Jurucakap Brigade Bomba London mengesahkan bahawa tiga kereta bomba telah dihantar ke lokasi kemalangan. -metroUK

Ferrari, kemalangan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Trump Teruja Jumpa Pikotaro

Artikel Lain