suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Trump Teruja Jumpa Pikotaro

TOKYO: Pikotaro yang popular dengan lagu Pen-Pineapple-Apple-Pen dikatakan salah seorang penyanyi kegemaran cucu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Arabella Kushner, 6, anak perempuan kepada Ivanka Trump dan Jared Kushner pernah dirakam menyanyikan lagu Pikotaro yang kemudiannya dikongsi di laman Instagram.

Pikotaro atau nama sebenarnya, Kazuhito Kosaka turut memuatnaik gambar pertemuan dengan Trump dan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe di laman Facebooknya pada Isnin.

Jepun merupakan negara pertama dalam senarai kunjungan Trump semasa siri jelajahnya ke Asia.

Pada hari pertamanya, Trump memberi makan ikan koi bersama dengan Abe, bermain golf dan berucap kepada kakitangan perkhidmatan AS di Pangkalan Udara Yokota.

Beliau kemudiannya berlepas ke destinasi seterusnya di Korea Selatan dan China.

Pikotaro, Donald Trump

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain