suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

David Blaine Dituduh Rogol Bekas Model

David Blaine (kiri) dan Natasha Prince. Foto Mail Online

PIHAK berkuasa Britain sedang menyiasat tuduhan rogol membabitkan bintang silap mata, David Blaine.

Polis Scotland Yard memanggil David ke United Kingdom untuk 'soal siasat' selepas satu laporan rogol oleh seorang bekas model, Natasha Prince terhadapnya.

Memetik laporan The Daily Beast, Natasha mendakwa David telah mempengaruhinya dengan dadah dan merogolnya di sebuah rumah di Chelsea di London pada musim panas 2004.

David diwakili peguamnya menafikan dakwaan itu tetapi memberitahu akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi membantu siasatan.

Laporan polis mengenai dakwaan itu dibuat pada 17 November 2016 oleh seorang wanita yang mendakwa dirogol di sebuah alamat di Chelsea pada Jun atau Julai 2004 semasa berumur 21 tahun.

Pada masa ini, tiada sebarang tangkapan dibuat dan siasatan sedang berjalan.

Natasha melibatkan diri dalam dunia peragaan pada umurnya 15 tahun dan pernah menghiasi 25 kulit majalah sebelum memutuskan untuk bersara pada umurnya 24 tahun. - Mail Online

Artikel Sebelum

Artikel Lain