suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Apartment Untuk Vegetarian Sahaja

JIKA anda seorang yang hanya makan sayur atau vegetarian yang tegar dan tak boleh bau daging yang dimasak, mahupun tinggal dekat dengan mereka yang suka makan daging, anda mungkin akan berpindah ke apartment ini.

Bangunan apartment yang hanya untuk golongan vegetarian ini terletak di Rusia.

Dikenali sebagai Veda Village, yang merupakan kawasan kejiranan di pinggir bandar St. Petersburg, Russia, ia direka khusus untuk golongan vegetarian yang mengamalkan gaya hidup sihat.

Syarat utama dan pertama untuk membeli atau menyewa unit apartment di bangunan ini adalah mereka perlu dalam kalangan vegetarian.

Pemohon akan ditemuduga oleh ejen jualan terlebih dahulu dan permohonan akan ditolak sekiranya gagal meyakinkan mereka adalah vegetarian yang sebenar.

Menurut pemaju, penggunaan alkohol dan rokok turut dilarang di kawasan kejiranan itu. - odditycentral

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain