suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

5 Maut, Anak Jutawan Ukraine Langgar Lampu Merah

-fotoEast2West

ANAK perempuan kepada seorang jutawan telah ditahan berhubung kemalangan ngeri yang mengakibatkan beberapa nyawa terkorban dan seorang wanita hamil berada dalam keadaan kritikal.

Polis mendakwa Alyona Zaitseva, 20, melanggar lampu merah di lintasan pejalan kaki di bandar Kharkiv di Ukraine semasa memandu kereta Lexus hitam, melanggar sebuah Volkswagen Touareg, sebelum terbalik.

Kereta Lexus tersebut didakwa merempuh pejalan kaki di persimpangan dan sekurang-kurangnya lima orang termasuk seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun terbunuh manakala beberapa yang lain cedera.

Antara yang cedera parah adalah wanita yang sedang hamil tujuh bulan dan digambarkan sedang berada dalam keadaan yang serius di hospital.

Tiga yang maut dinamakan sebagai Elena Berchenko, 25, Yury Neudachin, 24, dan Oksana Nesterenko, 36 tahun.

Pengawal peribadi bersenjata Zaitseva dilaporkan tiba dengan dua buah jip sebaik sahaja kemalangan itu berlaku dan melindunginya daripada orang ramai yang menyaksikan kemalangan mengerikan itu.

-fotoEast2West

Seorang individu yang cuba membantu mangsa yang cedera menyifatkan tempat kejadian sebagai 'zon perang'.

Pemandu Touareg, Gennady Dronov, 49, sedang bergerak ketika lampu hijau apabila kenderaan bertembung, kata saksi.

Zaitseva, anak kepada jutawan tersohor syarikat tenaga tempatan, Vasily Zaitsev, tidak terjejas.

Pelajar berkenaan ditahan selama tiga hari. Polis berkata dia didapati tidak minum minuman keras sebelum kemalangan itu.

Sekiranya didakwa dan disabitkan kesalahan menyebabkan kemalangan, dia berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun. -news.au

jutawan Ukraine, Alyona Zaitseva

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain