suria

Putera William Dedah Kemahiran Penting Perlu Dimiliki Anaknya

PUTERA William mendedahkan bahawa dia mahu dua anaknya mempelajari sesuatu yang sangat penting.

The Duke of Cambridge, yang bakal menyambut cahaya mata ketiga pada April berkata dia suka jika ahli keluarga diraja belajar berenang, bermain tenis dan menikmati bola sepak sejak kecil.

Putera William berkata demikian ketika menghadiri acara Core Coach bersama isterinya, Duchess of Cambridge dan Putera Harry, Khamis.

Skim perantis latihan sukan tersebut disokong oleh Yayasan Diraja, yang mana William, Kate dan Harry adalah penaungnya.

Bercakap kepada mereka yang hadir di majlis itu, dia mendedahkan bagaimana dia berharap anak-anaknya menjadi individu lasak dan meminati sukan.

Dia juga menjemput jurulatih terlatih untuk mengajar George, empat tahun dan Charlotte, dua tahun, berenang.

Alex Ferrier, 22, berkata: "Dia menawarkan saya tugas mengajar anak-anaknya berenang.

"Saya katakan saya boleh membantunya untuk apa yang dimahukan!"

The Duchess of Cambridge juga meluangkan masa berbual dengan Judy, ibu kandung juara Wimbledon Andy Murray.

Kedua-dua mereka bertukar tip bagaimana untuk memastikan kanak-kanak berminat dengan sukan.

"Mereka tidak perlu diajar oleh jurulatih. Ibu bapa mempunyai peranan yang besar. Putera dan Duchess juga nampak 'sporty' jadi saya yakin mereka juga akan berminat untuk memastikan anak-anak mereka bersukan," kata Judy selepas itu. -dailystar

Putera William, Charlotte, George

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain