Wanita Vietnam Lahirkan Bayi Seberat 7 KG - Dunia | mStar

Wanita Vietnam Lahirkan Bayi Seberat 7 KG

Tran Tien Quoc (atas) diletakkan bersebelahan bayi yang tidak dikenali di pusat perubatan daerah Vinh Tuong. - AFP

HANOI: Seorang ibu terkejut apabila bayi yang dilahirkannya memiliki berat 7.1 kilogram (kg) dan merupakan antara yang terberat pernah dilaporkan di Asia Tenggara.

Bayi yang diberi nama Tran Tien Quoc itu dilahirkan pada Sabtu lalu di wilayah utara Vinh Phuc.

"Apabila doktor memberitahu bayi kami seberat 7.1kg, kami semua tak percaya," ujar bapa bayi itu, Van Quan.

Doktor sebelum ini pernah memaklumkan yang bayi itu mempunyai berat lebih kurang lima kg.

Namun mereka tidak menyangka beratnya akan bertambah dua kg lagi sewaktu dilahirkan.

"Apabila dipakaikan baju, beratnya bertambah menjadi 7.2kg pula. Lebih berat sewaktu mula-mula keluar dari perut ibu," ujar Quan berseloroh.

Kakitangan hospital mengesahkan berat bayi tersebut kepada AFP namun enggan membuat sebarang kenyataan.

Sebelum ini, seorang bayi seberat tujuh kilogram juga pernah dilahirkan di negara itu pada 2008.

Menurut rekod dunia Guinness, bayi paling berat pernah dilahirkan adalah 10.2 kilogram di Aversa, Itali pada tahun 1955.

Quoc yang dilahirkan secara pembedahan dijangka akan keluar dari hospital bersama ibunya beberapa hari lagi.

Bayi itu merupakan anak kedua pasangan berkenaan. Anak pertama mereka pada 2013 dilahirkan dengan berat 4.2kg.

bayi terberat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lagi Kucing Lima Kaki Ditemui

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain