suria

Lagi Kucing Lima Kaki Ditemui

-fotoCEN

SEEKOR kucing berkaki lima ditemui, kes kedua seumpama ini yang pernah dilaporkan.

Kaki kelima kucing itu ditemui apabila ia dibawa ke sebuah pusat perlindungan haiwan selepas kucing tempang itu ditemui sedang berkeliaran di sekitar jalan di Rotterdam, Belanda.

Ketika para penjaga memeriksa haiwan ini yang dinamakan Quin oleh pekerja perlindungan, mereka mendapati terdapat kaki kelima pada badannya.

Ineke Jochims dari Yayasan Kucing Jalanan Rijnmond berkata: "Hanya sekali, di Amerika Syarikat, kucing yang mempunyai lima kaki dilihat sebelum ini."

Menurut Jochims kaki kelima Quin lebih kecil dan tidak mempunyai tapak kaki seperti seekor kucing normal.

-fotoCEN

Ahli biologi Kees Moeliker berkata walaupun mungkin ramai yang memanggilnya sebagai 'kucing berkaki lima', anggota tambahan itu berkemungkinan milik pasangan kembarnya yang tidak berkembang sepenuhnya.

Moeliker berkata: "Kemungkinan besar ia adalah kembar Siam, yang mana pasangannya bersaiz sangat kecil.

"Dalam dunia haiwan, ini kerap berlaku, anda dapat melihatnya pada babi dan lembu-lembu di India, saya pernah melihat seekor lembu dengan kaki tambahan di belakangnya."

Kucing itu dinamakan Quin mengambil awalan Latin untuk nombor lima.

-fotoCEN

Jochims menambah: "Kucing itu kelihatan sihat, tetapi berjalan tidak sempurna.

"Nampak jelas Quin kesakitan. Pakar dari University of Utrecht kini akan melihat bagaimana mereka boleh membantunya. Quin hanya berusia setengah tahun, dia tidak boleh terus dibiarkan sakit sepanjang hayatnya.

"Kami juga tidak tahu bagaimana proses perkembangannya, kami pasti akan berusaha untuk membantunya." -mirrorUK

lima kaki, kucing

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bagus Sotong Ni…

Artikel Lain