suria

Lagi Foto Terlampau Pengantin

Gambar pengantin lelaki yang menanggalkan seluarnya di hadapan ATM. Foto Mail Online

SELEPAS sepasang pengantin mencetuskan kontroversi kerana melakukan 'adegan terlampau' ketika sesi penggambaran perkahwinan di hadapan sebuah biara Yunani, tersebar pula gambar terbaharu membabitkan pengantin lelaki.

Menurut laporan Mail Online, rakan kepada pengantin mendedahkan bahawa gambar terbaharu yang memalukan itu telah memberi kesan kepada pasangan itu.

Matthew Lunn, 27, didakwa menanggalkan seluar pendeknya dan bergambar dalam keadaan berbogel di hadapan mesin pengeluaran automatik (ATM).

Gambar terbaharu itu dimuat naik di sebuah akaun Facebook yang mengaitkan Matthew dan isterinya, Carly.

Terdahulu, Mail Online melaporkan sepasang pengantin yang melakukan 'adegan terlampau' ketika sesi penggambaran perkahwinan di hadapan sebuah biara Yunani mendakwa masyarakat tempatan terlalu 'berlebih-lebih' terhadap tindakan mereka.

Matthew menyiarkan gambarnya bersama isteri yang baru dikahwininya, Carly, 34, dalam keadaan sedang berlutut di depannya, sementara dia berdiri tanpa seluar sambil mengangkat tangan.

Sebagai tindak balas, bishop tertinggi pulau itu, Kyrillos of Rhodes, mengharamkan semua majlis perkahwinan asing diadakan di biara St Paul.

Akibatnya, beratus-ratus bakal pengantin Britain terpaksa membatalkan upacara perkahwinan impian mereka yang sepatutnya dilangsungkan di situ. - Mail Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Secawan Kopi Ratusan Ringgit

Artikel Lain